Jom Click

Selasa, 6 Disember 2011

Tunggu Sebentar Solatlah Dulu

Saya suka dengar lagu ini, suaranya yang merdu dan liriknya yang penuh bermakna.

Solat (bahasa Arabصلاة‎; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.

Solat 5 Waktu - Tiang Agama. Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam iaitu 

* Solat Subuh
* Solat Zuhur
* Solat Asar
* Solat Magharib
* Solat Isyak
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.
Suka kalau anak saya yang sulong Ammar Irfan berkata-kata - Ibu-ibu Azan dah dengar pergilah sembahyang/ solat.

Jom kita dengar lagu Iwan Syahman - Shalat Dulu
semoga memberi kesedaran kepada kita umat-umat Nabi Muhammad S.A.W - terutama saya dan keluarga saya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

senyuman manis pada saya :)