Jom Click

Sabtu, 31 Disember 2011

holiday edisi 1 - part one

Hai hari ini saya nak record, tepek kenangan-kenangan baru, lama dah apa-apa sahaja yang sebelum ini tiada kesempatan nak menepek.... Cuti tahun 2011 cacar marbra coz time dah tersepit.. zoomm layanz.

- Perancangan last minit, rancang punya rancang pergilah Taman Botani ini. Pergi dua keluarga, my family dan family ibu angkat kepada anak-anak saya.
- Taman Botani Negara Shah Alam pada asalnya dikenali sebagai TPM yang dulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah mula dibangunkan pada 24 April 1986 sebelum dimasyhurkan menjadi Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada tahun 1991. Nama TBNSA sekarang adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 2007 untuk membangunkan TBNSA menggantikan TPM.
Untuk melihat seluruh kawasan taman botani kita perlu menaiki bas yang telah disediakan (free termasuk fee masuk) tidak mahal RM3.00 sahaja untuk lawatan ke seluruh taman ini. Sesuai untuk semua golongan, menenangkan dan menghijau. Kebetulan hari itu, suasana sejuk dan damai.
Lihat pokok macam pinang ini ditanam mengikut susunan dan teratur.
Si abang Ammar Irfan tersenyum simpul, teruja nak naik bas dan beratur tetapi ligat wehh..
Si adik dan baby (panggilan utk kakak dr kecil xilang) gambar kenangan first time holiday bersama-sama. Best friend ya!!
Pemandangan dari jauh rumah kebudayaan rasanya. Sangat antik.
Taman-taman indah penuh dengan pokok-pokok bunga dan tanaman liar.
Replika Cendawan...Cantik tu kalau bertedug di situ.
 Gambar kenangan bersama kak Ina, Ibu yang menjaga anak-anak ku.
 Info bagi rumah iklim, masa kami pergi ini musim sejuk. salji..salji..salju...
 Bersemangat tu memasing berlumba jalan kaki, si ayah didera dukung anak-anak, si comel ku sedang nenyak tidur.. bermimpi ya..
Kakak berposing dekat peta Taman Pertanian yang sepatutnya tergantung di tiang itu.
Alomak..si tecik sangat nenyak tidur...tak perasan dah sampai dekat salji...

Continue :-.....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

senyuman manis pada saya :)