Jom Click

Selasa, 22 November 2011

PERMINTAAN vs MINAT - KEK COKLAT KUKUS ZAIIMA

SUKA vs MINAT SANGAT..


Saya suka sangat kek nie...yumm..yummm..yumm sedap.. apa lagi dari satu masa ke satu masa nak buat...dari Arwah kakak saya Nur Jannah ada hingga dia dah di ambil Allah SWT pada 03.03.2010 tetap saya tak buat lagi...yalah masa hayat dia ada saya datang kerumah dia dan dihidangkan dengan kek ni dan siap mintak resepi lagi konon nak buat...tapi belum kesempatan...



Tapi bila dah start buat...alohai asyik nak buat jer...mula-mula saya test buat pada Jun 2011 huby dan anak-anaklah tukang merasa nya... tanya huby no komen tapi sekeping dua n tiga hilang dipiring...dalam hati ada taman hahha...kuii..kuii..sedaplah tu... bagi saya yang tak berapa suka kek TETAPI kek nie MEMANG suka lah... credit to kak ZAIMAH thank u a lot tak kenal saper dia tapi memang holiauuu...Sedap dan senang nak buat...

Saya suke kek nie bila dah siap letak topping...letak sikit bunga or badam hiris....yumm..yum..yum delicious... bak kat anak saya yang perempuan FATIN FARISYA... TAPi anak lelaki saya AMMAR IRFAN yang sulong tu tak suka bila letak toping..dia suka yang kosong.. jadi bila nak buat saya siap-siap kan letak dalam bekas-bekas kecik cam bekas buat dadih tu, senang dia nak makan... Yang anak yang tecik IQBAL HADI belasah jer tp tak banyaklah mulot dia pon tecik... :)

PERMINTAAN.

Jangan silap permintaan bukan bermakna untuk jualan tapi resepi nyer..banyak yang minta selepas saya buat dan saya bagi kat semua orang rasa yang tak merasa pon nak juga macam kawan saya Faiz cuma tengok pic jer dah mintak resepi (anak saudara saya siap buat tuk kekawan dia lagi, anak kepada kakak yang jaga anak-anak saya : buat untuk birthday adik dia n resquest dari ayah dia tuk hari raya haji lepas). Lah nie anak saudara sepupu huby nak belajor dari saya pula InsyaAllah bila ada kelapangan boleh saya ajar coz bahan-bahan sentiasa ada kat rumah untuk kek ini sahaja tau.... yg lelain tak LULUS lagi..

KALAU DAH SUKA MESTI MENJADI DAN NAK BUAT LAGI...LAGI..DAN LAGI :)
KEK COKLAT KUKUS ZAIIMA
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair  - (kekadang saya letak air atau air coklat)
1 cawan minyak masak/mentega cair
1 cawan gula castor -  (kekadang letak gula pasir je)
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur

Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.

Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.

Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.

Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.

ZoooMMM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

senyuman manis pada saya :)